Wednesday, 4 December 2013

Perbezaan Aviation (penerbangan), Aerospace (aeroangkasa) dan Aeronautic (aeronautic) ?

Aviation (Penerbangan)

Merangkumi bidang kejuruteraan dalam bidang penerbangan seperti bermulanya daripada sekeping kertas cadangan hingga lah ke sebuah pesawat yang mampu terbang.

Aviation juga meluas kepada pembelajaran mengenai teori dan praktikaliti mengenai sesebuah pesawat udara, baik pulih kapal terbang mahupun helikopter seperti pembuatan, penyelengaraan, baik pulih dan modifikasi dan juga teori merangkumi teori seperti aeronautical dan aerospace.


Aviation terbahagi kepada dua bahagian:

§ General Aviation: Merangkumi seluruh penerbangan dan pesawat terbang untuk tujuan komersil dan membawa penumpang seperti airlines kapal terbang dan helikopter sahaja dimana undang-undang penerbangan (Air Legislation) diguna pakai oleh airliners dan aviation engineer.

§ Military Aviation: Ini tertakluk kepada military sahaja dimana pesawatnya dikategorikan sebagai combat aircraft, fighter dan bertujuan untuk military dan peperangan sahaja.


Aeronautic (Aeronautik)

Merupakan sebahagian daripada aviation engineering. Merangkumi pembelajaran melibatkan teori mengenai pesawat dan udara. Bagaimana pesawat itu boleh terbang, apa kesan jika pesawat itu terbang dalam keaadan macam ini dan macam itu. Biasanya, aeronautical engineers berkerja di industri aeronautic dan manufacturing industri, walaupun ada juga bekerja di syarikat penerbangan.


Kekeliruan sering berlaku pada mereka yang sukar untuk membezakan di antara aeronautical dan penerbangan. Bagaiamanpun prospek aeronautikal di Malaysia begitu kecil jika dibandingkan dengan kejuruteraan penerbangan. Bidang aeronautikal tiada kena mengena dengan kejuruteraan pesawat terbang (aircraft engineering) seperti baik pulih kapal terbang selain susur jalur dari segi jawatan, skop pekerjaan dan perlesenan yang amat berbeza.


Aerospace (Aeroangkasa)

Selain dari aviation dan aeronautic. Pembelajaran ini merangkumi penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk teknologi masa depan seperti NASA.
Aerospace Engineers terlibat dalam semua aspek Aeronautic (bekerja sama dengan pesawat) dan Astronautics (bekerja sama dengan pesawat ruang angkasa). Mereka melakukan kajian, dan merancang dan mengembangkan sistem untuk kenderaan di luar ruangan atmosfera bumi serta persekitaran angkasa lepas sahaja.

Jadi bagaimana nak membezakan diantara aeronautik dan aeroangkasa? Ha, jawapanya senang sahaja. Aeronautik ialah pengajian yang melibatkan di bawah lapisan atmosfera bumi dan mengambil kira daya tarikan graviti, manakala aeroangkasa pula pengajian melibatkan kawasan di luar lapisan atmosfera bumi yang tidak mempunyai graviti (zero-gravity).

No comments:

Post a Comment