Menurut saksi kejadian, kenderaan jenis St Wangan dipercayai dengan nombor pendaftaran NBQ 6026 telah dipandu laju sehingga hilang kawalan dan terbabas di persimpangan tersebut dan merempuh tiang jejambat sebelum meletup dan terbakar.
Difahamkan kenderaan terbabit dinaiki oleh 6 orang termasuk pemandu, 3 adalah lelaki dan 3 lagi adalah wanita dipercayai berketurunan Melayu.
Salah seorang mangsa, penumpang wanita cuba keluar dari kenderaan tersebut untuk menyelamatkan diri namun cubaan tersebut gagal dan wanita terbabit rentung sebahagian tubuh diluar kenderaan.
5 mangsa yang lain terperangkap didalam kenderaan yang meletup dan terbakar.
13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dan Pudu tiba di tempat kejadian untuk mengawal kebakaran dan menyelamat kira-kira 20 minit selepas kenderaan mangsa meletup.
Kesemua mangsa rentung dan maut ditempat kejadian dan pasukan penyelamat mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk mengeluarkan kelima-lima mayat yang terperangkap didalam kenderaan.
Kesemua mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Artikel: http://www.feldavoice.com/?p=10578
No comments:
Post a Comment