Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera..
Berkhatan ialah satu amalan yang baik dan selari dengan fitrah. Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud " Lima perkara yang merupakan sebahagian daripada fitrah: berkhatan, mencukur bulu ari-ari, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur misai." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Antara kelebihan berkhatan dari susut perubatan ialah :
1) Mengelakkan risiko masalah phimosis. 1 daripada 10 orang lelaki menghidapi penyakit ini iaitu kegagalan kulit depan zakar untuk terbuka yang menyebabkan kesukaran untuk membuang air kecil. Pesakit yang menghidapi phimosis 12 kali ganda berisiko untuk mendapat kanser zakar.
2) 3 kali ganda dapat mengurangkan keradangan dan jangkitan pada kulit zakar. 1 daripada 10 orang lelaki biasa mengalami masalah ini.
3) 10 % dapat mengurangkan risiko jangkitan pada saluran kencing . Sebanyak 40% masalah jangkitan pada saluran kencing menjadi punca masalah sepsis. meningitis dan radang buah pinggang.
4) 20 kali ganda dapat mengurangkan risiko kanser zakar. 1 dalam 1000 orang lelaki yang tidak berkhatan menghidapai kanser ini yang mengakibatkan zakar terpaksa di potong atau gagal berfungsi.
5) Lelaki tidak berkhatan lebih berisiko mendapat kanser prostat. 3 hingga 7 kali ganda dapat mengurangkan risiko penyakit HIV/AIDS yang berjangkit melalui hubungan seks.
6) 50% dapat mengurankan risiko jangkitan papilloma, siflis, herpis dan pelbagai virus berbahaya lain.
No comments:
Post a Comment