Sunday, 15 December 2013

Hafiz Suip & Yuna Menang Anugerah Utama AIM20

Semalam telah pun berlangsung Anugerah Industri Muzik (AIM) yang ke 20. Majlis yang penuh gilang-gemilang ini berjalan dengan begitu lancar dengan Nabil dan Aznil Haji Nawawi menjadi pengacara. Abang Nara suka dengan gandingan mereka berdua terutama Nabil yang sangat menjadi lawaknya. Walaupun ada sesetengah berpendapat lawak Nabil agak kasar, namun kehadiran Paknil untuk meng”cover” sedikit sebanyak meredakan suasana.


Pemenang besar AIM20 kali ini tidak lain tidak bukan ialah Hafiz Suip dan Yunalis Zarai. Vokal Hafiz terbukti sukar ditandingi apabila memenangi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki). Selain itu Hafiz juga mengungguli kategori Album Terbaik menerusi album “Luahan Hati Anak Seni” nyanyiannya. Sementara itu Yunalis Zarai menebus kembali kekecewaannya akibat penarikan kemenangan lagu “Penakut” pada AIM18 dengan memenangi kategori Lagu Terbaik AIM20 menerusi lagu Lelaki.


Shila Amzah juga turut cemerlang dengan membawa pulang Anugerah Kembara. Kemenangan yang wajar diberikan kepada Shila kerana keputusan cemerlangnya dalam pertandingan Asian Wave. Apa kata anda mengenai AIM20? Menarik? Adakah keputusannya menepati tekaan anda? Baca artikel ini sepenuhnya untuk keputusan penuh AIM20 untuk tatapan anda:-

No comments:

Post a Comment