Tuesday, 31 December 2013

Sambutan Ambang Tahun Baru dibatalkan, peserta perhimpunan rempuh pentas utama

PESERTA perhimpunan haram merempuh masuk penghadang yang dibuat pasukan keselamatan di Dataran Merdeka untuk sambutan ambang Tahun Baru, malam ini. - Foto Khairull Azry Bidin

KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,000 peserta perhimpunan haram merempuh kawalan anggota keselamatan dan naik ke atas pentas utama di Dataran Merdeka, sekali gus memaksa konsert sambutan Ambang Tahun Baru dihentikan serta-merta.

Kelihatan skrin gergasi yang diletakkan di kiri dan kanan pentas utama juga terpadam akibat dirempuh peserta perhimpunan.

Peserta perhimpunan sebelum itu bertindak membaling botol minuman ke arah penyanyi yang sedang membuat persembahan sambil melaungkan slogan reformasi.

Sementara itu, orang ramai bertindak melarikan diri dan beredar meninggalkan kawasan Dataran Merdeka selepas kawasan sambutan Tahun Baru diceroboh peserta perhimpunan haram.

Dari Artikel http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SambutanAmbangTahunBarudibatalkan_pesertaperhimpunanrempuhpentasutama/Article/?mutakhir&y


Thursday, 19 December 2013

Tambahkan Pendapatan Adf.ly Dengan Pantas

Servis memendekkan pautan serta mampu menjana pendapatan melalui money making program yang ditawarkan Adf.ly memang sedang meningkat populariti-nya. Selain professional blogger, pemula pun nampak-nya sudah giat dalam hal ini. Berkongsi pelbagai perisian dalam pada masa yang sama, dapat menjana puluhan ringgit. Tak ke hebat dunia internet ni?

Tapi kita lupa, dalam sesebuah peningkatan pasti ada yang lebih baik. Kita pasti pernah dengar ads skipper yang mana ia membenarkan kita untuk melepasi servis ads tanpa perlu menekan apa-apa butang. Jadi agak susah untuk kita menjana pendapatan kalau takde siapa nak klik.





Haa, jangan berputus asa lagi. Servis Custom Hits ni pula mampu membantu kita. Dengan trik ini, kita akan bertukar-tukar pautan kita dengan orang lain. Penyudah-nya, kedua-dua pihak akan menerima kebaikan. Ini memang diluluskan oleh pihak yang berkuasa jadi tidak melibatkan sebarang bot mahu pun cacing-cacing internet.

Penggunaan Custom Hits

1) Pastikan anda mempunyai akaun Adf.ly yang sah. Daftar jika tiada: Adf.ly Registration

2) Pendekkan apa-apa pautan seperti pautan sesebuah laman web atau pun pautan untuk memuat turun.

3) Sekarang, pergi ke Custom Hits dan daftar akaun percuma.

4) Akaun di Custom Hits tidak perlukan pengesahan jadi terus sahaja log masuk ke akaun anda.

5) Pilih Add Link dan pilih Traffic Exchange. Masukkan pautan yang dipendekkan dan letak nama yang mampu menarik orang.





Penggodam Touch n Go

Pernah ke anda mendengar tentang Tounch & Go??

Hari ini saya akan berkongsi dengan anda tentang seseorng yang bernama Haboque Ferous.

Mungkin ada antara anda yang mengenali Haboque Ferus, yang dahulunya terkenal dengan kepakarannya melepasi sistem sekatan Touch 'n Go dan seterusnya menggunakan telefon bimbit beliau sebagai modul Touch 'n Go.

Kini setelah lebih setahun mendiamkan diri, Haboque Ferus telah kembali dengan mengubahsuai modul yang dibangunkannya dahulu dengan menggunakan telefon pintar Nexus 4. Beliau telah mengubah sistem NFC telefon bimbitnya dengan mengubah cip yang digunakan NFC dengan cip RFID supaya boleh berhubung dengan sistem Touch 'n Go.

Saya amat berbangga penggodam Malaysia sudah mencapai tahap yang sama seperti penggodam lain di negara luar, walaupun kami diberitahu ini adalah eksperimen untuk tujuan pembelajaran, membuktikan konsep 'wave' dalam fizik. Kami berharap Haboque Ferus boleh meneruskan pencapaian yang hebat ini di masa yang akan datang.

Video ini bukan lah untuk para pembaca mencubanya..kerana ianya menyalahi di sisi undang-undang. Saya hanya ingin berkongsi benda yang boleh menambahkan pengetahuan kita. Bagi student IT yang ingin membuat Final Projek, ini juga boleh jadi salah satu projek anda.






Wednesday, 18 December 2013

6 Maut Rentung Dalam Kemalangan Di Persimpangan Jalan Kampung Pandan

KUALA LUMPUR – Satu kemalangan maut telah berlaku kira-kira jam 12.45 pagi tadi di persimpangan Jalan Kampung Pandan dan Jalan Perkasa berhampiran Kompleks Belia dan Sukan.

Menurut saksi kejadian, kenderaan jenis St Wangan dipercayai dengan nombor pendaftaran NBQ 6026 telah dipandu laju sehingga hilang kawalan dan terbabas di persimpangan tersebut dan merempuh tiang jejambat sebelum meletup dan terbakar.

Difahamkan kenderaan terbabit dinaiki oleh 6 orang termasuk pemandu, 3 adalah lelaki dan 3 lagi adalah wanita dipercayai berketurunan Melayu.

Salah seorang mangsa, penumpang wanita cuba keluar dari kenderaan tersebut untuk menyelamatkan diri namun cubaan tersebut gagal dan wanita terbabit rentung sebahagian tubuh diluar kenderaan.

5 mangsa yang lain terperangkap didalam kenderaan yang meletup dan terbakar.

13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dan Pudu tiba di tempat kejadian untuk mengawal kebakaran dan menyelamat kira-kira 20 minit selepas kenderaan mangsa meletup.

Kesemua mangsa rentung dan maut ditempat kejadian dan pasukan penyelamat mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk mengeluarkan kelima-lima mayat yang terperangkap didalam kenderaan.

Kesemua mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.







Tuesday, 17 December 2013

Tumpang tangan pada buku lali

Beijing: Doktor di Changsha berjaya mencantumkan tangan seorang lelaki yang terputus selepas menampalnya pada kaki mangsa selama sebulan.

Xiao Wei putus tangannya selepas kemalangan di tempat kerja pada 10 November lalu.

“Saya tergamam sehinggalah rakan-rakan memadam mesin yang saya gunakan dan mengambil tangan itu sebelum membawa saya ke hospital.

“Doktor memaklumkan tidak dapat menyelamatkan tangan saya.

“Saya masih muda dan tidak dapat membayangkan kehidupan sebagai orang kudung,” katanya.

Bagaimanapun, doktor mencadangkan supaya dia mencuba nasib di hospital daerah yang lebih besar.




KECEDERAAN dialami serius malah tangan mangsa penyek akibat kejadian itu.

Sehubungan itu, tujuh jam selepas kejadian Xiao Wei dirawat doktor di Changsha dan mereka yakin dapat mencantumkan semula tangan itu.

Bagaimanapun, mereka menampal tangan itu pada buku lalinya untuk mengelak pereputan.

“Kecederaan dialaminya serius kerana tangan itu bukan saja koyak malah penyek.

“Kami terpaksa membersihkan dan merawat kecederaannya sebelum menyambungkan semula tangannya itu,” kata seorang doktor yang merawatnya.

Kini, selepas hampir sebulan kejadian, Xiao sudah cukup sihat untuk menjalani pembedahan mencantumkan semula tangannya itu.

Walaupun dia masih memerlukan beberapa pembedahan lain, doktor yakin tangan itu mampu digunakan seperti sedia kala. - Agensi

Peluk, cium sebelum pergi selamanya (MY Metro)

Oleh Rosli Ilham


Dungun: “Dia peluk dan cium saya serta anak berulang kali. Tak sangka pula itu isyarat dia akan meninggalkan kami semua,” kata Che Wan Zuriati Che Wan Hasan, 33, isteri kepada Baderi@Nazri Mohamad, 42, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 82.3, Jalan Jerangau-Jabur, dekat Kampung Talang, Bukit Besi, semalam.

Allahyarham Baderi yang bertugas sebagai mandur ladang TDM Plantation di Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) meninggal dunia selepas Perodua Viva dipandunya bertembung dengan Perodua Alza dipandu Ummi Fardhatu Akmal Mamat, 25, dari arah bertentangan jam 7 pagi.

Berikutan pertembungan kuat itu, mangsa tersepit sebelum dikeluarkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat AMBS.

Bagaimanapun, mangsa yang parah di bahagian kepala dan patah kedua-dua belah kaki disahkan meninggal dunia di Hospital Dungun dua jam selepas diberi rawatan kecemasan.

Che Wan Zuriati yang bertugas sebagai kerani di Sekolah Menengah Padang Pulut berkata, suaminya bertolak dari rumah mereka di Kuarters Guru Sekolah Menengah Padang Pulut untuk ke tempat kerjanya jam 6.30 pagi.

“Sebelum bertolak, suami memanggil saya di dapur dan memeluk saya serta mencium saya beberapa kali sebelum masuk ke bilik tidur kedua-dua anak kami dan memeluk serta mencium mereka.

“Sebelum ini arwah jarang berbuat demikian sehingga membuatkan saya tertanya-tanya dan berasa pelik dengan kelakuannya itudan saya sama sekali tidak menyangka ia petanda dia akan pergi buat selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di Bilik Kecemasan Hospital Dungun, semalam.

Menurutnya, dia mendapat tahu mengenai kemalangan itu ketika bersiap untuk ke tempat kerja selepas menerima panggilan telefon daripada adik perempuan arwah yang tinggal di Marang.

“Ketika sampai di bilik kecemasan, arwah ketika itu sudah tidak bergerak lagi dan pegawai perubatan berusaha menyelamatkan arwah yang berlumuran darah di kepala.



Namun ketika itu saya sudah bersedia dan reda sekiranya dia meninggal dunia,” katanya.

Katanya, sejurus selepas itu dia dipanggil seorang pegawai perubatan dan memaklumkan suaminya gagal diselamatkan dan disahkan meninggal jam 9.30 pagi.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.


KEADAAN kereta yang remuk selepas kemalangan yang menyebabkan Baderi maut, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/17

Kelebihan Berkhatan Dari Sudut Perubatan



Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera..

Berkhatan ialah satu amalan yang baik dan selari dengan fitrah. Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud " Lima perkara yang merupakan sebahagian daripada fitrah: berkhatan, mencukur bulu ari-ari, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur misai." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Antara kelebihan berkhatan dari susut perubatan ialah :

1) Mengelakkan risiko masalah phimosis. 1 daripada 10 orang lelaki menghidapi penyakit ini iaitu kegagalan kulit depan zakar untuk terbuka yang menyebabkan kesukaran untuk membuang air kecil. Pesakit yang menghidapi phimosis 12 kali ganda berisiko untuk mendapat kanser zakar.

2) 3 kali ganda dapat mengurangkan keradangan dan jangkitan pada kulit zakar. 1 daripada 10 orang lelaki biasa mengalami masalah ini.

3) 10 % dapat mengurangkan risiko jangkitan pada saluran kencing . Sebanyak 40% masalah jangkitan pada saluran kencing menjadi punca masalah sepsis. meningitis dan radang buah pinggang.

4) 20 kali ganda dapat mengurangkan risiko kanser zakar. 1 dalam 1000 orang lelaki yang tidak berkhatan menghidapai kanser ini yang mengakibatkan zakar terpaksa di potong atau gagal berfungsi.

5) Lelaki tidak berkhatan lebih berisiko mendapat kanser prostat. 3 hingga 7 kali ganda dapat mengurangkan risiko penyakit HIV/AIDS yang berjangkit melalui hubungan seks.

6) 50% dapat mengurankan risiko jangkitan papilloma, siflis, herpis dan pelbagai virus berbahaya lain.

Monday, 16 December 2013

Kebaikan mengamalkan mandi sebelum subuh

Menurut kajian sains, kandungan ozon adalah lebih tinggi pada waktu pagi dari waktu yang lain. Gas ozon ini adalah sangat penting untuk tubuh kita. Bila kita mandi sebelum waktu subuh, ia akan memberikan kesegaran dan manfaat yang sangat baik untuk kesihatan tubuh kita.


Berikut adalah 6 kebaikan mandi pagi sebelum Subuh


1. Melancarkan peredaran darah
Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh anda akan menjadi lebih sehat dan bertenaga. Dan anda juga tidak akan cepat merasa letih ketika seharian menjalankan pelbagai aktiviti.


2.Kulit akan lebih lembut dan halus
Jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah bola mata, ternyata mandi sebelum subuh dengan air dingin dapat mengurangi warna gelap di bawah mata anda tersebut. Begitu juga dengan kuku kuku pada kaki dan tangan, ia akan menjadi lebih kuat dan tidak mudah retak. Kulit juga menjadi halusdanlebih lembut.

3. Mengurangkan risiko darah tinggi
Bagi anda yang mengalami penyakit darah tinggi, mandi di waktu pagi merupakan pilihan hebat tanpa ubat untuk menyembuhkan penyakit darah tinggi anda.



4.Meningkatkan kesuburan
Mandi seblum subuh juga boleh meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.


5.Meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan air dingin juga akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Sebagaimana diketahui, sel darah putih adalahberperananbagi kekebalan tubuh terhadap virus dan penyakit.


6.Mengubati stres
Air yang dingin diwaktu pagi akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring ketika tertidur. Bagi anda yang mengalami kemurungan(depresi), inilah cara yang terbaik untuk anda menghilangkannya.




Read more: http://sibersensasi.blogspot.com/2013/09/kebaikan-mengamalkan-mandi-sebelum-subuh.html#ixzz2nhznBuRW

Sunday, 15 December 2013

44 Pantang Larang Untuk Bakal Pengantin





44 Pantang Larang Untuk Bakal Pengantin | Bulan disember dan awal tahun depan adalah musim perkahwinan. Nnati banyak lah jemputan dan kad jemputan walimatul urus sampai kat umah kan. Maklumlah, cuti sekolah.. jadi ramailah bakal pengantin yang akan mengambil peluang ini untuk mengdakan Majlis perkahwinan dieorang.

Kepada kengkawan yg bakal menjadi pengantin tk lama lg and yg merancang untuk kawin tk lama lg….untuk renungan bersama…. 44 pantang larang bakal pengantin

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah satu kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan tentang perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya lam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis,lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah
adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut ke rana ia mengandungi banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan
damai.

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.



20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak
segar.

36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.


42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.. Tak salah kita mengikut adat.. tetapi jangan lah berlebih-lebihan kerana syariat Islam tidak digalakkan untuk membazir. Wallahualam.

Kenali Wanita Melalui Warna Kegemarannya







Kenali Wanita Melalui Warna Kegemarannya | Wanita amat sukar untuk difahami terutama perwatakan mereka selalu berubah-ubah. Kejap mood nya ok, kejap tak ok.. haaa.. jom kita kenali wanita melalui warna kegemarannya.

Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna dan tafsiran perwatakannya.
Kenali Wanita Melalui Warna Kegemarannya

MERAH
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.

BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.

HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.

HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.

COKELAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.

UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.

KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.

KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.

PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur, rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal


Ayat-ayat Jiwang Dan Madah Kata Cinta Untuk Si Dia




Ayat Jiwang Dan Madah Kata Cinta Untuk Si Dia | Towww!! Harini saya nak share ayat-ayat jiwang dengan diselitkan sedikit mutiara kata hikmah yang mampu mencairkan hati si dia. Ayat ni sesuai digunakan oleh kaum lelaki mahupun wanita. Bagi yang kecelaruan jantina tu anda tidak digalakkan menggunakan ayat ini khuatir saya akan dipersalahkan dalam perhubungan korang nanti. Hahahaha. Jom layan!
Ayat-ayat Jiwang Dan Madah Kata

Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.

Sangatlah menyakitkan mencintai seseorang, tetapi tidak dicintai olehnya. Tetapi lebih indah adalah menyayanginya tanpa mengharapkan sesuatu perasaan apapun darinya


Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang telah disakiti, mereka yang telah mencari dan telah mencuba kerana merekalah yang biasa menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka

Cinta itu jelas indah, walaupun di sisi lain juga menyakitkan. Kerana itu kita harus belajar menikmati sisi keindahannya.

Cinta adalah ketika kamu menitikkan air mata, tetapi masih peduli terhadapnya.


Cinta adalah ketika dia tidak mempedulikanmu, kamu masih menunggunya dengan setia.

Cinta adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu masih bisa tersenyum sambil berkata , ” Aku turut berbahagia untukmu ”

Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.

Cinta,jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain. Dan jika anda tidak memilikinya,apa pun yang lain yang anda miliki tidak banyak bererti.


Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.

Kadang-kadang kita terpaksa menyintai seseorang dari kejauhan dan meninggalkannya di tangan Tuhan.

Kita mungkin menangis kerana mencintai orang yang salah, namun satu hal yang pasti, kesalahan dan kesilapan itu menjadi pengalaman berguna untuk membantu kita mencari orang yang tepat.


Cinta sejati harus di kedua-dua belah pihak. Itulah yang membuatnya begitu sukar untuk diperolehi.

Kadang-kadang anda perlu lari untuk melihat adakah ada seseorang akan mengejar dan memujuk anda kembali ~ Return To Me


Kadang-kadang tertawa bukanlah sesuatu yang dilakukan untuk bersenang-senang. Kadang-kadang ia adalah satu pelarian dari memikirkan terlalu banyak masalah.

Anda mungkin mempunyai semua hal di dunia, tetapi tanpa cinta, anda sebenarnya tiada apa-apa.


Jangan membenci orang yang membenci anda. Dan maafkan mereka yang tidak mengerti.

Ucapan selamat tinggal tanpa alasan adalah suatu hal yang paling menyakitkan. Cinta tanpa sebab adalah suatu yang paling indah.


Jika anda mendapati diri anda jatuh cinta, jangan jatuh terlalu cepat. Anda mungkin berakhir dengan cinta, yang tidak akan bertahan.

Kita harus dapat memaafkan diri sendiri. Melepaskan apa yang pahit dan terus maju demi masa depan yang lebih baik. – Bill Cosby


Cinta pertama selalu yang paling manis, tapi luka pertama selalu yang terdalam. -Jasper Forde

Jika seseorang tidak dapat menerima anda dalam keadaan anda yang terburuk, mereka tidak layak mendapat anda dalam keadaan anda yang terbaik!


Diam kadangkala adalah jawapan yang paling baik.

Perasaan paling pahit yang terpaksa ditelan adalah duduk di sebelah seseorang yang bererti bagi anda dan mengetahui bahawa anda tidak bererti apa-apa kepadanya.


Kepahitan akibat mengetahui kebenaran jauh lebih baik daripada kebahagiaan akibat suatu pembohongan.


Contoh Surat Berhenti Kerja Bahasa Melayu




Contoh Surat Berhenti Kerja Bahasa Melayu | Tapi ayat tu boleh la ubah, jgn guna ayat contoh surat berhenti kerja ni pulak. Format tu boleh ikut

——————————————————————————
CONTOH SURAT BERHENTI KERJA



Abu Seman Bin Masjoko
No c-56 ,Kg Susur Sungai
Persiaran 7 Lorong Liku Liku
09280 Pendang
Kedah Darul Aman
_______________________________________________________________________________________

Tuan pengurus,
Syarikat perkapalan Emn Sdn Bhd,
458102, pengkalan chepa
Kota Bharu ,kelantan 15 September 2012

Tuan ,

PER: PERLETAKAN JAWATAN

Berdasarkan maklumat yang dirujuk di atas , saya Mohd kamal bin kamil mustapha memangku jawatan pemandu lori kontena di syarikat tuan ingin meletakkan jawatan yang akan berkuat kuasa pada 30 November 2012 , sehubungan itu saya akan mematuhi polisi syarikat untuk memastikan proses perletakan jawatan saya berjalan mengikut tempoh masa yang diberikan syarikat tuan.

2. Justeru itu, saya ingin memohon maaf sekiranya tindakan saya ini meninggalkan kesan ke atas syarikat tuan , tujuan saya mengemukakan permohonan perletakan jawatan ini adalah disebabkan saya telah mendapat tawaran perkerjaan baru dan saya amat berterima kasih di atas kesudian pihak tuan memberi tunjuk ajar dan membimbing saya selama ini.

Dengan itu ,saya amat berharap kesudian pihak tuan memberi kerjasama di dalam permohonan ini.

Sekian, terima kasih

Yang Benar
_ _ _ _ _ _ _
(Mohd kamal bin kamil mustapha)
Pemandu lori Kontena


Lagi Contoh Surat Berhenti Kerja


======================================================


=======================================================



Ok cukup lah kot 4 contoh surat berhenti kerja / surat perletakan jawatan. Semoga ianya memberi manfaat kepada anda semua. Ingat, sebelum buat apa-apa keputusan fikir dulu masak-masak, fikir kesan baik dan bruknya kepatas keputusan yang kita buat tu. Semoga terus berjaya dalam hidup!!



Kwang Soo (Running Man) Turun Malaysia Januari Depan



Berapa ramai antara anda yang menonton rancangan aneka ragam dari Korea Selatan, Running Man dan berharap mereka akan turun ke Malaysia satu hari nanti?

OHBULAN! pasti anda akan menarik nafas lega apabila salah seorang daripada peserta Running Man iaitu Lee Kwang Soo akan turun ke Malaysia pada Januari 2014 nanti. Tujuan aktor ini turun ke Malaysia adalah untuk sesi bertemu peminat di KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur pada 4 Januari tahun hadapan.

Bagi anda yang tidak tahu, ini merupakan kali pertama peserta Running Man turun ke Malaysia setelah kehadiran mereka dibatalkan pada 7 September lalu atas sebab-sebab tertentu.




Anda mesti tak sabar dengan kehadiran Lee Kwang Soo bukan?

Untuk para peminat Lee Kwang Soo, tiket akan mula dijual oleh JS Concert melalui Ticket Pro outlets, Rock Corner dan Victoria Music. Anda boleh dapatkan tiket dengan harga RM498, RM298 dan RM158.

Menariknya, anda berpeluang mendapatkan poster bertandatangan daripada Lee Kwang Soo jika membeli tiket yang berharga RM498 untuk tempat duduk premium.

Jadi, apa tunggu lagi? Buatlah pilihan tiket yang bijak.

Sebagai rujukan, Lee Kwang Soo mula meningkat naik menerusi drama bersiri, Dong Yi. Rancangan Running Man kini menjadi kegemaran penonton melalui telatah dan ragam yang ditonjolkan oleh para peserta Running Man. Malah, ada antara peserta tersebut menjadi idola para peminat dari seluruh dunia.

Dengar cerita, Kim Jong Kook pun akan datang Malaysia bersama-sama dengan Lee Kwang Soo. Kalau betul, beruntunglah pada si pembeli tiket itu nanti. Sama-sama kita nantikan kehadiran aktor kacak ini ke Malaysia!

Memanaskan Enjin Kenderaan, Mitos Atau Realiti?









Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter.

Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Makan masa dalam 15 minit juga. Golongan kaki panaskan enjin seperti itumesti bangun awal. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia?

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin anda di dalam keadaan idling adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stylel Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus.

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun dah mula gunapakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, anda perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan idling maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Anda rasa apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang anda perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang anda perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan idling?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia . BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab mereka tahu jika enjin cepat rosak nanti mesti pelanggan mengadu. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus pandu cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini tidak, siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan isteri tapi enjin kereta terbiar hidup.

Seperkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan anda tidak bergerak. Kalau tunggu kekasih turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan idling ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.

Keburukan soya yang kita tak tau!

Wallahualam......


Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dan lain-lain. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya:

•Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

•Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.

•Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development.

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia iaitu komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (komponen sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapun, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka. Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal. Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh! banyak tu…

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

(16 LAGI GAMBAR)Majlis Pernikahan Rozita Che Wan & Zain Saidin

Kalau tak silap Abang Nara, malam ini akan berlangsung majlis resepsi perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Dalam tak sedar, sudah 2 hari rupanya mereka berdua sah bergelar suami isteri. Cepat sungguh masa berlalu. Masih terasa kemeriahan majlis pernikahan pasangan pengantin ini yang jelas terserlah kemewahannya.


Abang Nara terasa terharu apabila melihat gambar Zain mengucup isterinya di atas. Abang Nara dapat rasakan kasih sayang, cinta dan betapa bahagianya mereka berdua. Semoga perkahwinan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.


Lagi beberapa gambar sekitar majlis pernikahan Che Ta dan Zain dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram CarlosNizam, Instagram AnnasEaskey, EddiePhotoVideo danAstroAwani.

Hafiz Suip & Yuna Menang Anugerah Utama AIM20

Semalam telah pun berlangsung Anugerah Industri Muzik (AIM) yang ke 20. Majlis yang penuh gilang-gemilang ini berjalan dengan begitu lancar dengan Nabil dan Aznil Haji Nawawi menjadi pengacara. Abang Nara suka dengan gandingan mereka berdua terutama Nabil yang sangat menjadi lawaknya. Walaupun ada sesetengah berpendapat lawak Nabil agak kasar, namun kehadiran Paknil untuk meng”cover” sedikit sebanyak meredakan suasana.


Pemenang besar AIM20 kali ini tidak lain tidak bukan ialah Hafiz Suip dan Yunalis Zarai. Vokal Hafiz terbukti sukar ditandingi apabila memenangi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki). Selain itu Hafiz juga mengungguli kategori Album Terbaik menerusi album “Luahan Hati Anak Seni” nyanyiannya. Sementara itu Yunalis Zarai menebus kembali kekecewaannya akibat penarikan kemenangan lagu “Penakut” pada AIM18 dengan memenangi kategori Lagu Terbaik AIM20 menerusi lagu Lelaki.


Shila Amzah juga turut cemerlang dengan membawa pulang Anugerah Kembara. Kemenangan yang wajar diberikan kepada Shila kerana keputusan cemerlangnya dalam pertandingan Asian Wave. Apa kata anda mengenai AIM20? Menarik? Adakah keputusannya menepati tekaan anda? Baca artikel ini sepenuhnya untuk keputusan penuh AIM20 untuk tatapan anda:-

Inilah 7 Kanak-Kanak Yang Paling Popular Di Instagram


Lupakan dulu Suri Cruise dan Zuma Rossdale. kanak-kanak di bawah ini mungkin bukan anak selebriti, namun gaya mereka di Instagram sangat fashionable sehingga beberapa dari mereka bahawa sudah mempunyai follower sebanyak puluhan ribu. Jika anda pecinta fashion dan suka kanak-kanak kecil, berikut ini tujuh bocah bergaya di Instagram yang harus anda follow.


Alaia adalah anak dari Monica Rose, penata gaya seleb-seleb Hollywood. Tak hairan jika gaya berbusana Alaia pun tak kalah dengan para bintang.
@luisafere 


Alonso Mateo sudah memiliki lebih dari 100 ribu follower di Instagram berkat gayanya yang trendi. Sebagian besar memang mamanya, Luisa Fernanda Espinosa, yang memilihkan pakaian, namun ternyata Alonso juga terkadang punya pilihan sendiri.

@thomastyle11


Si kecil Thomas terlihat sudah pantas jadi anggota boyband yang digilai banyak wanita.
@rosebob 


Kalau busana si kecil ini ada ukuran dewasanya, kami juga mahu pakai.
@jilljose 


Si kecil terlihat stylish dari ujung kepala sampai hujung kaki, mulai dari sepatunya yang hebat, begnya yang trendi, dan ikat kepala bunganya yang comel.
@maliks_awesome_mom 


Beginilah gaya si kecil Malik saat sedang bermain di taman.
@hails_world 


Dengan jumlah followers lebih dari 35 ribu, fashionista cilik ini sudah fasih berpose ala foto model di depan kamera.

Kisah Aneh Seorang Ibu Lahirkan Anak Berkaki Kambing, Tanpa Leher

Kejadian aneh apabila bayi lahir dengan kaki kambing dan tiada tengkuk tersiar dari berita terbaru dari Jigawa, Utara Barat Nigeria di mana seorang wanita didakwa telah melahirkan makhluk dibawah


bayi tanpa leher jelas dan dengan kaki kambingnya.Menurut sumber cerita ini, wanita itu dikatakan telah mengeluh nasib beliau kerana ini adalah kali keempat dia melahirkan makhluk aneh seperti ini.

Ini mungkin musim kelahiran aneh / pelik dan kejadian yang sangat misteri dan saintifik, kita tidak mempunyai penjelasan bagi kejadian ini. Hanya Allah yang tahu atas apa yang berlaku dan apa yang di jadikan di dunia ini