Tuesday, 31 December 2013

Sambutan Ambang Tahun Baru dibatalkan, peserta perhimpunan rempuh pentas utama

PESERTA perhimpunan haram merempuh masuk penghadang yang dibuat pasukan keselamatan di Dataran Merdeka untuk sambutan ambang Tahun Baru, malam ini. - Foto Khairull Azry Bidin

KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,000 peserta perhimpunan haram merempuh kawalan anggota keselamatan dan naik ke atas pentas utama di Dataran Merdeka, sekali gus memaksa konsert sambutan Ambang Tahun Baru dihentikan serta-merta.

Kelihatan skrin gergasi yang diletakkan di kiri dan kanan pentas utama juga terpadam akibat dirempuh peserta perhimpunan.

Peserta perhimpunan sebelum itu bertindak membaling botol minuman ke arah penyanyi yang sedang membuat persembahan sambil melaungkan slogan reformasi.

Sementara itu, orang ramai bertindak melarikan diri dan beredar meninggalkan kawasan Dataran Merdeka selepas kawasan sambutan Tahun Baru diceroboh peserta perhimpunan haram.

Dari Artikel http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SambutanAmbangTahunBarudibatalkan_pesertaperhimpunanrempuhpentasutama/Article/?mutakhir&y


Thursday, 19 December 2013

Tambahkan Pendapatan Adf.ly Dengan Pantas

Servis memendekkan pautan serta mampu menjana pendapatan melalui money making program yang ditawarkan Adf.ly memang sedang meningkat populariti-nya. Selain professional blogger, pemula pun nampak-nya sudah giat dalam hal ini. Berkongsi pelbagai perisian dalam pada masa yang sama, dapat menjana puluhan ringgit. Tak ke hebat dunia internet ni?

Tapi kita lupa, dalam sesebuah peningkatan pasti ada yang lebih baik. Kita pasti pernah dengar ads skipper yang mana ia membenarkan kita untuk melepasi servis ads tanpa perlu menekan apa-apa butang. Jadi agak susah untuk kita menjana pendapatan kalau takde siapa nak klik.





Haa, jangan berputus asa lagi. Servis Custom Hits ni pula mampu membantu kita. Dengan trik ini, kita akan bertukar-tukar pautan kita dengan orang lain. Penyudah-nya, kedua-dua pihak akan menerima kebaikan. Ini memang diluluskan oleh pihak yang berkuasa jadi tidak melibatkan sebarang bot mahu pun cacing-cacing internet.

Penggunaan Custom Hits

1) Pastikan anda mempunyai akaun Adf.ly yang sah. Daftar jika tiada: Adf.ly Registration

2) Pendekkan apa-apa pautan seperti pautan sesebuah laman web atau pun pautan untuk memuat turun.

3) Sekarang, pergi ke Custom Hits dan daftar akaun percuma.

4) Akaun di Custom Hits tidak perlukan pengesahan jadi terus sahaja log masuk ke akaun anda.

5) Pilih Add Link dan pilih Traffic Exchange. Masukkan pautan yang dipendekkan dan letak nama yang mampu menarik orang.





Penggodam Touch n Go

Pernah ke anda mendengar tentang Tounch & Go??

Hari ini saya akan berkongsi dengan anda tentang seseorng yang bernama Haboque Ferous.

Mungkin ada antara anda yang mengenali Haboque Ferus, yang dahulunya terkenal dengan kepakarannya melepasi sistem sekatan Touch 'n Go dan seterusnya menggunakan telefon bimbit beliau sebagai modul Touch 'n Go.

Kini setelah lebih setahun mendiamkan diri, Haboque Ferus telah kembali dengan mengubahsuai modul yang dibangunkannya dahulu dengan menggunakan telefon pintar Nexus 4. Beliau telah mengubah sistem NFC telefon bimbitnya dengan mengubah cip yang digunakan NFC dengan cip RFID supaya boleh berhubung dengan sistem Touch 'n Go.

Saya amat berbangga penggodam Malaysia sudah mencapai tahap yang sama seperti penggodam lain di negara luar, walaupun kami diberitahu ini adalah eksperimen untuk tujuan pembelajaran, membuktikan konsep 'wave' dalam fizik. Kami berharap Haboque Ferus boleh meneruskan pencapaian yang hebat ini di masa yang akan datang.

Video ini bukan lah untuk para pembaca mencubanya..kerana ianya menyalahi di sisi undang-undang. Saya hanya ingin berkongsi benda yang boleh menambahkan pengetahuan kita. Bagi student IT yang ingin membuat Final Projek, ini juga boleh jadi salah satu projek anda.






Wednesday, 18 December 2013

6 Maut Rentung Dalam Kemalangan Di Persimpangan Jalan Kampung Pandan

KUALA LUMPUR – Satu kemalangan maut telah berlaku kira-kira jam 12.45 pagi tadi di persimpangan Jalan Kampung Pandan dan Jalan Perkasa berhampiran Kompleks Belia dan Sukan.

Menurut saksi kejadian, kenderaan jenis St Wangan dipercayai dengan nombor pendaftaran NBQ 6026 telah dipandu laju sehingga hilang kawalan dan terbabas di persimpangan tersebut dan merempuh tiang jejambat sebelum meletup dan terbakar.

Difahamkan kenderaan terbabit dinaiki oleh 6 orang termasuk pemandu, 3 adalah lelaki dan 3 lagi adalah wanita dipercayai berketurunan Melayu.

Salah seorang mangsa, penumpang wanita cuba keluar dari kenderaan tersebut untuk menyelamatkan diri namun cubaan tersebut gagal dan wanita terbabit rentung sebahagian tubuh diluar kenderaan.

5 mangsa yang lain terperangkap didalam kenderaan yang meletup dan terbakar.

13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dan Pudu tiba di tempat kejadian untuk mengawal kebakaran dan menyelamat kira-kira 20 minit selepas kenderaan mangsa meletup.

Kesemua mangsa rentung dan maut ditempat kejadian dan pasukan penyelamat mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk mengeluarkan kelima-lima mayat yang terperangkap didalam kenderaan.

Kesemua mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.







Tuesday, 17 December 2013

Tumpang tangan pada buku lali

Beijing: Doktor di Changsha berjaya mencantumkan tangan seorang lelaki yang terputus selepas menampalnya pada kaki mangsa selama sebulan.

Xiao Wei putus tangannya selepas kemalangan di tempat kerja pada 10 November lalu.

“Saya tergamam sehinggalah rakan-rakan memadam mesin yang saya gunakan dan mengambil tangan itu sebelum membawa saya ke hospital.

“Doktor memaklumkan tidak dapat menyelamatkan tangan saya.

“Saya masih muda dan tidak dapat membayangkan kehidupan sebagai orang kudung,” katanya.

Bagaimanapun, doktor mencadangkan supaya dia mencuba nasib di hospital daerah yang lebih besar.




KECEDERAAN dialami serius malah tangan mangsa penyek akibat kejadian itu.

Sehubungan itu, tujuh jam selepas kejadian Xiao Wei dirawat doktor di Changsha dan mereka yakin dapat mencantumkan semula tangan itu.

Bagaimanapun, mereka menampal tangan itu pada buku lalinya untuk mengelak pereputan.

“Kecederaan dialaminya serius kerana tangan itu bukan saja koyak malah penyek.

“Kami terpaksa membersihkan dan merawat kecederaannya sebelum menyambungkan semula tangannya itu,” kata seorang doktor yang merawatnya.

Kini, selepas hampir sebulan kejadian, Xiao sudah cukup sihat untuk menjalani pembedahan mencantumkan semula tangannya itu.

Walaupun dia masih memerlukan beberapa pembedahan lain, doktor yakin tangan itu mampu digunakan seperti sedia kala. - Agensi

Peluk, cium sebelum pergi selamanya (MY Metro)

Oleh Rosli Ilham


Dungun: “Dia peluk dan cium saya serta anak berulang kali. Tak sangka pula itu isyarat dia akan meninggalkan kami semua,” kata Che Wan Zuriati Che Wan Hasan, 33, isteri kepada Baderi@Nazri Mohamad, 42, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 82.3, Jalan Jerangau-Jabur, dekat Kampung Talang, Bukit Besi, semalam.

Allahyarham Baderi yang bertugas sebagai mandur ladang TDM Plantation di Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) meninggal dunia selepas Perodua Viva dipandunya bertembung dengan Perodua Alza dipandu Ummi Fardhatu Akmal Mamat, 25, dari arah bertentangan jam 7 pagi.

Berikutan pertembungan kuat itu, mangsa tersepit sebelum dikeluarkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat AMBS.

Bagaimanapun, mangsa yang parah di bahagian kepala dan patah kedua-dua belah kaki disahkan meninggal dunia di Hospital Dungun dua jam selepas diberi rawatan kecemasan.

Che Wan Zuriati yang bertugas sebagai kerani di Sekolah Menengah Padang Pulut berkata, suaminya bertolak dari rumah mereka di Kuarters Guru Sekolah Menengah Padang Pulut untuk ke tempat kerjanya jam 6.30 pagi.

“Sebelum bertolak, suami memanggil saya di dapur dan memeluk saya serta mencium saya beberapa kali sebelum masuk ke bilik tidur kedua-dua anak kami dan memeluk serta mencium mereka.

“Sebelum ini arwah jarang berbuat demikian sehingga membuatkan saya tertanya-tanya dan berasa pelik dengan kelakuannya itudan saya sama sekali tidak menyangka ia petanda dia akan pergi buat selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di Bilik Kecemasan Hospital Dungun, semalam.

Menurutnya, dia mendapat tahu mengenai kemalangan itu ketika bersiap untuk ke tempat kerja selepas menerima panggilan telefon daripada adik perempuan arwah yang tinggal di Marang.

“Ketika sampai di bilik kecemasan, arwah ketika itu sudah tidak bergerak lagi dan pegawai perubatan berusaha menyelamatkan arwah yang berlumuran darah di kepala.



Namun ketika itu saya sudah bersedia dan reda sekiranya dia meninggal dunia,” katanya.

Katanya, sejurus selepas itu dia dipanggil seorang pegawai perubatan dan memaklumkan suaminya gagal diselamatkan dan disahkan meninggal jam 9.30 pagi.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.


KEADAAN kereta yang remuk selepas kemalangan yang menyebabkan Baderi maut, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/17

Kelebihan Berkhatan Dari Sudut Perubatan



Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera..

Berkhatan ialah satu amalan yang baik dan selari dengan fitrah. Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud " Lima perkara yang merupakan sebahagian daripada fitrah: berkhatan, mencukur bulu ari-ari, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur misai." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Antara kelebihan berkhatan dari susut perubatan ialah :

1) Mengelakkan risiko masalah phimosis. 1 daripada 10 orang lelaki menghidapi penyakit ini iaitu kegagalan kulit depan zakar untuk terbuka yang menyebabkan kesukaran untuk membuang air kecil. Pesakit yang menghidapi phimosis 12 kali ganda berisiko untuk mendapat kanser zakar.

2) 3 kali ganda dapat mengurangkan keradangan dan jangkitan pada kulit zakar. 1 daripada 10 orang lelaki biasa mengalami masalah ini.

3) 10 % dapat mengurangkan risiko jangkitan pada saluran kencing . Sebanyak 40% masalah jangkitan pada saluran kencing menjadi punca masalah sepsis. meningitis dan radang buah pinggang.

4) 20 kali ganda dapat mengurangkan risiko kanser zakar. 1 dalam 1000 orang lelaki yang tidak berkhatan menghidapai kanser ini yang mengakibatkan zakar terpaksa di potong atau gagal berfungsi.

5) Lelaki tidak berkhatan lebih berisiko mendapat kanser prostat. 3 hingga 7 kali ganda dapat mengurangkan risiko penyakit HIV/AIDS yang berjangkit melalui hubungan seks.

6) 50% dapat mengurankan risiko jangkitan papilloma, siflis, herpis dan pelbagai virus berbahaya lain.